Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Wednesday, September 25, 2013
Monday, September 23, 2013
kehidupan sebagai penganggur
Alhamdulillah... hampir 3 bulan aku menganggur dan duduk rumah jer. Tak dapet koje lagik. Tapi alhamdulillah, sepanjang aku menganggur, aku dapat membantu umi aku menguruskan kehidupan seharian. Tapi lagik, aku mengharapkan rezeki aku makin murah. Tidak sanggup oden duduk camni sampai tibe masenye aku akan posting. Dengar cerite bulan 3,4,5 tahon depan baru start interview dan posting bulan 7.
Back to da story, aku hari3 membantu umi ak menjual dekat gerai depan umah kami. Pukul 10 aku da start buat air, basuh hotdog, sediakan ape yang patot sampailaa siap. Then, bile da siap, aku akan naik umah mengemas dan membasuh pinggan mangkuk yang melambak dekat sinki. Basuh baju biasenye umi aku yang basuh dan jemur. Ak hanya tolong lipat jer. Biasenye aku dapatkan siapkan keje tu sume ngam3 pukul 12, kdg3 kul 1 baru siap sume. Dah siap sume, barulah aku mandi pagi. kahkahkah... Kul 1 biasenye aku da kena turun punggah barang ke gerai dan start menggoreng.
Budak3 sekolah akan keluar dalam kul 2. Time 2 memang aku akan busy melampau melayan budak3 sekolah datang membeli sampai kul 3. Dan kalo hari rabu ngan khamis akan sambung budak mengaji pulak yang akan dtg kul 2.30. Biasenye aku akan naik umah untuk sembahyang dalam pukul 3 lebih. Hujung minggu plak, kitorang bukak lewat sket, untuk budak yang datang mengaji jer.
kitorang akan bukak gerai sampai kul 6.30 gitu. 6.30 aku da kemas-kemas barang sumer dan basuh sume bekas3 yang digunakan supaya senang esoknye takde la baru terhegeh-hegeh nak basuh bekas sume. Then, barulah aman hidup aku!!!
Malam aku hanye melepak jer. Memang sedetik pon aku tak rase bosan duduk rumah. Nanti bile da keje, aku takkan dapat merase lagi duduk senang lenang camni. Tapi I is perlukan fulus untuk mase depan. hihihi... Insyaa Allah akan carik keje dalam mase terdekat nie. Bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)