Friday, January 31, 2014

Cerite sakit gigi dan petua merawat gusi bengkak dari pakcik google

Dua sakit yang aku kerap sakit ialah sakit gigi ngan sakit perot. Oh itu sakit aku paling tak suke adelah sakit gigi. Sakit gigi sakit yang boleh sebabkan aku stress woo. Tu laaa, kecik-kecik aritu suke monteng dari gosok gigi, skang rasekan akibatnye.

Actually gusi aku bengkak sebab satu kejadian. Aritu sebelom datang cni jadik babysitter yang bejaya, aku memang tengah sakit gigi. Gigiku berlobang. ade 2 batang gigi aku perlu cabut. Aku da cabut 1batang. 1lagi aku tak sempat nak cabut. Selalu cabut dekat klinik kerajaan. Tak sakit dan murah ok. Dah tak sempat, mohla pegi klinik swasta.

Aku pegi la klinik swasta yang terdekat ngan umah aku, klinik nie baru je beroperasi. Pegi laa dengan yakinnye aku tak kan mengalami sakit gigi lagi. Da daftar boleh terus masuk sebab takde orang pon. Ak paling tak suke tang cucuk nak bius ok. Bile da bius, start la doktor tuu nak mancabut, sekali patah. Cuba lagi, tapi sakit wooooo...

Doktor tuuu da bius banyak kali, tarik punye tarik tetap sakit. Gusi aku bengkak sangat dah sebab bius banyak kali. Lastly, doktor tuuu serender sebab nampak aku ketakutan. Sakit kot. Aku dah nak menangis dah kot time tu. Aku keluar, die bagi ubat dan bagi aku free rawatan okeh. Mungkin sebab tak bejaya.

Sampai-sampai umah, ayah aku tegor, umi aku tegor, make air mate aku nie meleleh. Sakit gile ok. Aku memang stress ngan doktor tuuu knape tak leh nak cabut. Lagi satu aku xleh becakap ngan umi walid aku kalo tengah stress, kompem banjir. I is manja okeh. Dont know y. 

Dan sekarang gigi aku masih sakit, dan hari nie, gusi dah jadik bengkak. Aku nak tunggu balik kampung baru nak cabut yang tetinggal tuuu. Trauma ok nak cabut tempat laen. Memandangkan aku nie jauh di perantauan, aku malehlaa nak manja3 kol umi. kang banjir lagik. kahkahkah... make aku tanye la pakcik google ape petua nak merawat bengkak gusi.

Petua pertama: Merawat gusi bengkak dengan garam
Bancuh sedikit garam dengan air suam dan berkumur pada setiap hari. Boleh juga letakkan terus garam pada gusi bengkak dan biarkan seketika, kemudian kumur dengan air. 

Petua kedua: Merawat gusi bengkak dengan kunyit
Caranya ialah rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan beberapa ketika agar air rendaman tu menyejuk dengan sendiri. Bila dah agak suam-suam kuku tu berkumurlah dengan air rendaman tersebut sebanyak dua atau tiga kali sehari.

Aku baru nak try. Sakit-sakit gigi pon sempat lagii nak share. Bye!







Tuesday, January 28, 2014

masker putih telur dan kuning telur

tetibe je nak up entry pasal masker. Sejak menganggur nie, duit nan hadooo. Nak beli pencuci muke pon pikir banyak kali. Muka makin kusam dan kering je. Gilosss tak selesa kot. Pikir punye pikir, teringat osmate aku, si ct penah buat masker ngan telur. so, ak pon try la tanya pakcik google.

Ni yang aku jumpe. Mohla share

CARA MEMBUAT MASKER MENGGUNAKAN PUTIH TELUR

1. Asingkan putih telur
2. Kocakkan dengan garfu sehingga berbuih (Pastikan buih kental dan padat)
3. Bersihkan wajah
4. Sapukan ke seluruh wajah kecuali kawasan mat
5. Biarkan sehingga kering
4. Bersihkan wajah menggunakan air sederhana suam
5. Lapkan muka
6. Gunakan ais untuk menutup pori-pori

khasiat-->> Membantu menyerap lebihan minyak, mencerahkan dan menegangkan wajah

CARA MEMBUAT MASKER MENGGUNAKAN KUNING TELUR

1. Asingkan kuning telur
2. pecahkan kuning telur dengan garfu
3. Sapukan ke seluruh wajah kecuali kawasan mata
4. Biarkan kering
5. Bersihkan menggunakan air sederhana suam

khasiat-->> Melembapkan dan melembutkan kulit


...........................................................................................................................

"Digalakkan menggunakan masker putih telur dan kuning telur sekali setiap minggu. Kulit yang berminyak digalakkan menggunakan putih telur sahaja."

..............................................................................................................................................................

Giloss berkesan kot. Bila pakai putih telur, rase bersih je muka. Pastuh apply kuning telur, gila lembut muke kot. Lepas nie, telur je laa mampu ku guna buat masker. hahaha... bye!






Saturday, January 25, 2014

Banjir teruk setelah 10tahun (11January2014)

11 Januari ari tuuu, kampung aku dilanda banjir. Rumah ak pon terlibat sebab berada kawasan rendah dan dekat dengan sungai. Dah 10 tahun dah tak banjir teruk macam nie. Air naik dengan mendadak dan cepat kot. Aku time nie geram-geram je nak balik rumah sebab nak maen air banjir. kahkahkah


penuh kanak-kanak depan rumah aku. Adik aku cakap, die panggil budak3 je angkut barang dalam umh aku. haha



 Dah macam kolam renang dah aku tengok depan rumah aku. meriah betol. kolam berbumbung lagik. hahaha


rumah yang kat belakang-balakang, nampak bumbung je


air da start naik atas umah. 


nie pemandangan atas jalan raya depan umah aku


nampak tak, banyak giler barang. bersepah abis rumah


pemandangan dari tepi rumah




hujan masih tak berenti lagik


Lepas asar, air dah pon makin lame makin surut. Kejap sangat banjir nie. Nie ekceli kes die lepaskan air empangan. Hujan berenti, kompem air surut. Selalu camtu ah. 

kadang-kadang kannn best gk banjir. Kompem lauk banjir nie, sardin. Tapi berselera giler makan. Yang penatnye lepas banjir ah. Nak kena basuh n kemas balik. Letih kottttt... Nie kalo aku balik mesti aku kna simpan balik nie. Haih! 

Bye!




Wednesday, January 22, 2014

Umo da 25, tapi masih homesick

homesick, homesick, homesick... Dulu mase zaman u, takdelaa rase homesick giler3. Nie baru sebulan dok cni, da rase nak melalak sebab homesick. Alkisahnya, pagi tadi hantar adik naik bas, hati meronta-ronta nak ikot balik, tetibe sebak giler kot. manje tak abis-abis.

tetibe tengah sebak, terpikir, aku nie blom keje, acane kalo da keje nanti. Manje aku nie still camni ke? Acane kalo da kawen nanti, lagi laa susah nak balik kampung. Haih! Rase nak undur balik zaman kecik-kecik dulu. Mase kecik dulu, tak sabar nak besar. amik ko! Da besar sebok nak kecik balik.

Rase laen macam je homesick kali nie. Tak macam dulu-dulu. Rindu kot dekat umi, rindu nak gosip-gosip ngan umi. Rindu nak marah adik-adik sebab tak buat nie, tak buat tuuu... Manje-manje aku, aku nie agak garang ngan adik badik. Stress weh! Semua benda nak kena suruh dulu baru nak buat. Start laa membebel macam mak nenek. hahaha..

Bulan 3 nie baru dapat balik kot, tuu pon kalo intebiu blom kuar lagi... aku rase bulan2 nie mesti aku dapat balik. aku dapat rasekan intebiu makin dekat. kahkahkah... saiko betol. k la, tu je nak cite. bye!


rindu, rindu oh rindu!



Saturday, January 4, 2014

perihal solat sunat dhuha

aku selalu konpius sal waktu untuk solat dhuha. Sebelom nie aku ingat waktu solat dhuha pukul 8. Sampai kul brape aku tidaklah tahu menahu. Bile tanye pakcik google katenye pukul 10 waktu afdal. Tapi ku belom tahu sampai kul brape boleh solat sunat dhuha. Tanya lagik pakcik google. Inilah jawapan yang aku dapat:

Waktu solat sunat Dhuha

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara melaksanakan solat sunat Dhuha

Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.


Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Niat solat sunat Dhuha



Doa Solat sunat Dhuha

Akhir kate moh bace satu riwayat nie


Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 

So, tak salahkan kalo kite amalkan solat sunat Dhuha wpon tak wajib.
Fikir-fikirkanlah


Thursday, January 2, 2014

Azam baru

Dah masuk tahun 2014 dah kan. Cepatnye mase berlalu. Tapi bile masuk tahun baru, aku takde pon pikir ape3. Just dah masuk tahun baru nie aku hanya pikir nak membina hidup, membina masjid. Yela, dah abes blaja, tanggungjawab makin besar kot. Tapi tak dapat keje lagi, tanggungjawab pon dah jadik beban. Aku pon tak tahu lagik nasib aku pada mase akan datang.

Memandangkan belom ade berite pasal posting maka aku mencari alternatif laen nak sara hidup aku. Gila stress kot, nak beli ape3 kena pikir beribu kali, nak makan ape3, mampu telan air liur je. Semakin hari hidup semakin menstresskan. Tapi bersabar itu banyak hikmahnye. Ye, aku tahu, dengan pegangan itulah  aku mampu untuk bertahan sehingga ke hari ini. Dah 6bulan kot aku mengganggur.

Dah bukak sekolah dah. Daripada tak buat ape-ape mohlah ikot abang aku balik puchong sambil jadik babysitter. Aku jaga anak saudara aku memandangkan abang dan akak ipar aku keje. Tapi tetap stress jugak. Bulan3 dapat bape je. Bukan aku tak bersyukur tapi tuntutan hidup buat aku jadik makin stress. Ak tetap bersyukur ape yang aku dapat.

Tapi untuk menambah pendapatan, ak try masuk satu bidang nie. Kerja nie kerja dari rumah. Skang nie aku hanya memerlukan duit untuk memulakan kerja nie. So, bila aku da dapat kerja nie, nanti aku gebang lagik yek. 

Mohla tekadkan sebulat suara memulakan kerja dengan harapan dapat rezeki lebih, Kita hanya perlu berusaha, tapi DIA yang menentukan, layak ke kita dapat rezeki tu. Mula3 aku rase malu ngan takut, tapi aku tekadkan hati nak mengubah hidup aku. Moga rezeki aku makin bertambah.
Aminnnn....