Monday, January 7, 2013

dengkur

semenjak dua menjak nie, ak berdengkur makin menjadi-jadi sampai partner tidoo ak, si qilah mengadu ak dengkur kuat sangat. actually, rongga pernafasan ak ader masalah. dulu, dengkur jugak tapi idoklaaa cam dua, tiga hari nie.... selalu kita tak tau kita nie tdoo berdengkur ko idok smpai laa orang gtau. tapi aku memang da tau ak nie kuat berdengkur sejak akhir-akhir nie.....

aku batuk sejak akhir3 nie, kahak pon cam banyak, so sistem pernafasan ak nie bermasalah laa sket. lagipon, 2 hari nie ak tdoo tak lena. memandangkan si qilah mengadu, mohlaaa cari petua dengkur kat internet. cari punyer cari, ini yang ak jumper!


1. Mengubah posisi tidur
Dengkuran berbunyi ketika posisi tidur terlentang sehingga lidah tertarik ke belakang dan aliran udara mengalami penyempitan. Oleh itu, cubalah ubah posisi tidur kpd mengiring agar terhindar dari berdengkur.

2. Turunkan 10% berat badan
Orang yg overweight atau mempunyai berat bdan berlebihan mempunyai jaringan leher yg tebal dan memungkinkan timbulnya risiko berdengkur. Jika anda salah seorang daripadanya turunkan berat badan anda kira-kira 10%. Ia dapat membantu menghentikan kebiasaan yg menganggu tidur itu.

3. Hindari alkohol dan ubat penenang
Ubat penenang seperti pil tidur atau alkohol dgn kadar rendah boleh menyebabkan berdengkur kerana ia akan menekan pernafasan anda. Oleh itu, jauhi kedua-duanya.

4. Hirup wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan dengkuiran. Salah satu cara utk menghindari hidung tersumbat ialah engan meyedut wap air sebelum tidur.
 
ader jugak cara len dengan konon3nyer ubat dengkur laaa, cara tradisional punyer...

Sediakan tujuh biji badam. Basuk, keringkan dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan badam yang ditumbuk ke dalam susu panas. Amalkan meminumnya tiap-tiap malam sebelum masuk tidoo. insyaallah, masalah berdengkur akan dapat diatasi

Sediakan dua ruas kunyit hidup. Kupas kulitnya, bersihkan dan hiris halus. Kemudian masukkan hirisan kunyit itu ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau dengan sebati. Amalkan setiap kali sebelum tidooo


Buat mase skang, ak hanyer mampu ubah posisi tidoo. tengoklaaa menjadi ker idookkk....


No comments:

Post a Comment