Saturday, July 20, 2013

creepe coklat


nie bahana selalu menyinggah blog Dapur Mamasya
maka hari ini, bertambahlah food list mengidam haku
mohlaa kite share recipe dari blog Dapur Mamasya

RESEPI KULIT.. 
50 GM TEPUNG GANDUM 
1 SDB TEPUNG UBI 
1 BIJI TELUR 
2 SUDU BESAR GULA HALUS 
3 SDT BUTTER -DICAIRKAN- 
160 ML AIR 
40 ML SUSU CAIR 
1 SDK ESEN VANILA 
BOLEH LETAK PEWARNA@ PERISA BUAH2AN YANG ANDA SUKA(OPTIONAL) 

CARA2.. 
-SATUKAN TEPUNG DAN AYAK GULA HALUS 
-MASUKKAN SUSU CAIR.. 
-MASUKKAN TELUR YANG DIKACAU SEDIKIT.. 
-MASUKKAN SERBUK VANILA@PERISA 
-MASUKKAN AIR..KACAU SEBATI GUNA WHISK.. 
-MASUKKAN BUTTER YANG DICAIRKAN.. 
-TAPISKAN ADUNAN..SEDIA UNTUK DI MASAK.. 

CARA MEMASAK.. 
-GUNAKAN KUALI NON STICK PAN @KUALI LEPER YG DISAPU SEDIKIT MINYAK 
-TUANG SESENDUK KECIL ADUNAN DALAM KUALI.-JANGAN TEBAL @NIPIS SANGAT.. 
-BIARKAN MASAK SEKETIKA..BILA SUDAH MASAK TERUS ANGKAT ..TAK PERLU DITERBALIKKAN.MAKSUDNYA MASAK SEBELAH BAHAGIAN SAHAJA.. 

INTINYA.. 
-ISI DURIAN YANG DI BUANG BIJINYA - gantik choc 
-150ML FRESH CREAM (DIPUKUL KAKU)- guna whipping cream 

CARA2 MEMBUATNYA.. 
-LETAK KEPINGAN KULIT TADI..YANG LICIN BELAH BAWAH 
-LETAK SESUDU FC..LETAK ISI DURIAN..LETAK FC LAGI DI ATASNYA.. 
-KALAU BESAR KULITNYA BANYAK LAH LETAK INTINYA 
-LIPAT KULIT SEPERTI LIPAT POPIA.. 
-SIMPAN DLM PETI SEJUK..BEBERAPA JAM SEBELUM DIMAKAN.. 

Inti Choc 
1/2 cwn serbuk koko- ayak 
1 cwn gula 
2 1/2 cwn air /susu cair - guna fresh milk 
1/2 cwn tpg jagung 
2sb majerin - mama ganti dg minyak jagung 

Cara 
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau. 
nota dapurmamasya; topping dah sebati dan nampak mula pekat, bolehlah tutup api dan terus kacau.sejukkan dulu sebentar sebelum digunakan. 



Wednesday, July 17, 2013

Makaroni bakar

Salam ramadhan...
Memandangkan aku tengah mengidam makaroni bakar..
mohlaa kite sharing the recipe...
 pic n recipe credit to Dapur Mamasya


bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan 
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- mama guna makaroni big ring saja tak campur lain 
150 g minced beef/chicken - guna beef 
2 ulas bawang putih (dicincang) 
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil) 
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato paste- agak2 letak secukupnya 
sedikit sos cili 
sedikit sos tomato 
sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa masam tomato 
1 sudu besar mentega 

Sos Putih : - mama buat 1 1/2 adunan 
2 cawan susu segar 
1 sudu besar mentega 
sedikit lada sulah 
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air) 
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju 
sedikit garam dan gula 
lain-lain : keju parut dan oregano 

Cara-cara : 
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api. 
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka. 

Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. 
Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih. 
Taburkan keju parut dan oregano. 
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt 
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya. 



Monday, July 15, 2013

Dua persimpangan

Dulu, aku pernah berada di dua persimpangan. Buntu jalan mana yang harus aku pilih antara dua. Yang menyayangi atau yang disayangi. Ku pilih disayangi. 

Tapi setelah sekian lame, aku dapat rasekan pilihan yang aku buat dulu, alhamdulillah, nampak sinar bahagia. Walaupun tidakla sehebat mane, tapi antara dua, itulah takdir aku.

Hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, mungkin da sampai mase untuk mengakhirinye. Keputusan dibuat, moga tahun 2014 memberi seribu makna. 

pray for us


Thursday, July 4, 2013

Cara untuk khusyuk dalam solat

Tahukah anda cara-cara untuk khusyuk dalam solat adalah dengan memahami setiap bacaan dalam solat. Kehidupan duniawi yang melalaikan membuatkan aku lupa melengkapkan solatku dengan sempurna. Sepanjang usia aku menunaikan solat, aku tak pernah berusaha untuk memahami maksud setiap bacaan dalam solat sehinggalah seorang hamba Allah bertanya kepada aku maksud bacaan dalam solat.

Sebelum terlambat, mari lah kita berusaha berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah, aku di bukakan hati untuk berubah, semoga Allah tetapkan hati dan iman aku ke jalannya. Dalam entry nie, aku nak share plak dengan korang maksud setiap bacaan dalam solat.

TAKBIRATUL IHRAM


DOA IFTITAH


 SURAH AL-FATIHAH


RUKUK


I'TIDAL


 SUJUD


DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD


TAHIYYAT AWAL


TAHIYYAT AKHIR


DOA QUNUT

Rukun iman, Rukun Islam dan Rukun Solat

Sedar tak sedar, ada di antara kita yang tak pernah tahu, lupa dan tak pernah amik tahu ape itu rukun islam, rukun iman dan rukun solat. Tak ketinggalan pada diri sendiri, aku lupa apa itu rukun iman, rukun islam dan rukun solat. Di kesempatan itu, sambil merenung kembali dan mengingat kembali apa itu rukun iman, rukun islam dan rukun solat, ak nak share dengan korang-korang sume apa itu rukun iman, rukun islam dan rukun solat.

RUKUN IMAN


RUKUN ISLAM


RUKUN SOLAT