Kesusahan hidup aku bermula apabila aku mahu melangkah ke dunia pekerjaan. Awal bulan july 2013, aku telah berjaya menamatkan pengajian aku selama 4tahun dalam bidang pendidikan. Awal november 2013 aku telah selamat menerima sijil degree dalam pendidikan. Sehingga sekarang, awal july 2014 aku masih seorang penganggur.
Dalam tempoh bergelar seorang penganggur, aku belajar erti kesusahan hidup. Erti kesusahan untuk dapatkan pekerjaan, erti kesusahan tanpa duit. Sebelum nie aku asyik bergantung pada duit ptptn. Skng merase la carik duit sendiri. Susah tu memang susah tapi ape aku boleh buat kalo ak sendiri tak berusaha carik keje laen dan mengharapkan posting semata-mata.
Bermacam cara aku buat untuk dapat duit. Keperluan sendiri pon terabai. Dalam kesusahan, aku selalu berfikir kenape aku yang dipilih DIA? Sedangkan orang laen smooth je kehidupan dia. Dpt sambung u, lepas u teros dpt keje. Da dpt keje, dah boleh kahwin. Dah kahwin, dapat anak.
Walaupon aku tak tahu kesusahan yang dialami insan bertuah itu untuk sampai ke tahap dia berada sekarang, aku tetap nak cakap, dia sangatla beruntung dapat kehidupan yang cukup smooth. Tapi aku tetap percayakan rezqiNYA. Mungkin belom masenye untuk aku terima semua tu. PerancanganNYA sebaik-baik kejadian. Sabar itu terlalu banyak hikmahnya.
No comments:
Post a Comment