Wednesday, September 25, 2013

rezeki

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Monday, September 23, 2013

kehidupan sebagai penganggur

Alhamdulillah... hampir 3 bulan aku menganggur dan duduk rumah jer. Tak dapet koje lagik. Tapi alhamdulillah, sepanjang aku menganggur, aku dapat membantu umi aku menguruskan kehidupan seharian. Tapi lagik, aku mengharapkan rezeki aku makin murah. Tidak sanggup oden duduk camni sampai tibe masenye aku akan posting. Dengar cerite bulan 3,4,5 tahon depan baru start interview dan posting bulan 7.

Back to da story, aku hari3 membantu umi ak menjual dekat gerai depan umah kami. Pukul 10 aku da start buat air, basuh hotdog, sediakan ape yang patot sampailaa siap. Then, bile da siap, aku akan naik umah mengemas dan membasuh pinggan mangkuk yang melambak dekat sinki. Basuh baju biasenye umi aku yang basuh dan jemur. Ak hanya tolong lipat jer. Biasenye aku dapatkan siapkan keje tu sume ngam3 pukul 12, kdg3 kul 1 baru siap sume. Dah siap sume, barulah aku mandi pagi. kahkahkah...  Kul 1 biasenye aku da kena turun punggah barang ke gerai dan start menggoreng.

Budak3 sekolah akan keluar dalam kul 2. Time 2 memang aku akan busy melampau melayan budak3 sekolah datang membeli sampai kul 3. Dan kalo hari rabu ngan khamis akan sambung budak mengaji pulak yang akan dtg kul 2.30. Biasenye aku akan naik umah untuk sembahyang dalam pukul 3 lebih. Hujung minggu plak, kitorang bukak lewat sket, untuk budak yang datang mengaji jer.

kitorang akan bukak gerai sampai kul 6.30 gitu. 6.30 aku da kemas-kemas barang sumer dan basuh sume bekas3 yang digunakan supaya senang esoknye takde la baru terhegeh-hegeh nak basuh bekas sume. Then, barulah aman hidup aku!!! 

Malam aku hanye melepak jer. Memang sedetik pon aku tak rase bosan duduk rumah. Nanti bile da keje, aku takkan dapat merase lagi duduk senang lenang camni. Tapi I is perlukan fulus untuk mase depan. hihihi... Insyaa Allah akan carik keje dalam mase terdekat nie. Bye!






Tuesday, August 20, 2013

puasa ganti vs puasa enam

bila tiba bulan syawal, persoalan ini selalu menghantui benak haku yang tak berape arif nie... Adakah puasa ganti blh digabungkan niat dengan puasa enam? Jika tidak boleh, maka yang mana harus di dahulukan, puasa ganti atau puasa enam?

maka dengan gigihnye aku menggoogle. Byk pendapat yang aku bace. Antaranye dibolehkan digabungkan puasa enam dan puasa ganti tetapi haruslah diniatkan puasa ganti terlebih dahulu barulah niat puasa enam.

Ada juga yang mengatakan, tidak boleh digabungkan puasa enam dan puasa ganti di bulan syawal. Maka jikalau menerime pendapat yang mengatakan puasa enam dan puasa ganti tidak boleh digabungkan, haruslah menggantikan puasa terlebih dahulu, baru lah boleh berpuasa enam. Secara peribadi, haku lebih menerime pendapat yang ini. Tapi ade jugak orang yang berpuasa enam dahulu barulah puasa ganti.

Tetapi kalau diikutkan logik akal kite, yang wajib perlu didahulukan. Namun demikian, ada juga pandangan yang menyebut jika puasa ganti dilakukan dalam bulan syawal, secara tersendiri pahala melakukan puasa dalam syawal dikira. Wallahuallam... 




Saturday, July 20, 2013

creepe coklat


nie bahana selalu menyinggah blog Dapur Mamasya
maka hari ini, bertambahlah food list mengidam haku
mohlaa kite share recipe dari blog Dapur Mamasya

RESEPI KULIT.. 
50 GM TEPUNG GANDUM 
1 SDB TEPUNG UBI 
1 BIJI TELUR 
2 SUDU BESAR GULA HALUS 
3 SDT BUTTER -DICAIRKAN- 
160 ML AIR 
40 ML SUSU CAIR 
1 SDK ESEN VANILA 
BOLEH LETAK PEWARNA@ PERISA BUAH2AN YANG ANDA SUKA(OPTIONAL) 

CARA2.. 
-SATUKAN TEPUNG DAN AYAK GULA HALUS 
-MASUKKAN SUSU CAIR.. 
-MASUKKAN TELUR YANG DIKACAU SEDIKIT.. 
-MASUKKAN SERBUK VANILA@PERISA 
-MASUKKAN AIR..KACAU SEBATI GUNA WHISK.. 
-MASUKKAN BUTTER YANG DICAIRKAN.. 
-TAPISKAN ADUNAN..SEDIA UNTUK DI MASAK.. 

CARA MEMASAK.. 
-GUNAKAN KUALI NON STICK PAN @KUALI LEPER YG DISAPU SEDIKIT MINYAK 
-TUANG SESENDUK KECIL ADUNAN DALAM KUALI.-JANGAN TEBAL @NIPIS SANGAT.. 
-BIARKAN MASAK SEKETIKA..BILA SUDAH MASAK TERUS ANGKAT ..TAK PERLU DITERBALIKKAN.MAKSUDNYA MASAK SEBELAH BAHAGIAN SAHAJA.. 

INTINYA.. 
-ISI DURIAN YANG DI BUANG BIJINYA - gantik choc 
-150ML FRESH CREAM (DIPUKUL KAKU)- guna whipping cream 

CARA2 MEMBUATNYA.. 
-LETAK KEPINGAN KULIT TADI..YANG LICIN BELAH BAWAH 
-LETAK SESUDU FC..LETAK ISI DURIAN..LETAK FC LAGI DI ATASNYA.. 
-KALAU BESAR KULITNYA BANYAK LAH LETAK INTINYA 
-LIPAT KULIT SEPERTI LIPAT POPIA.. 
-SIMPAN DLM PETI SEJUK..BEBERAPA JAM SEBELUM DIMAKAN.. 

Inti Choc 
1/2 cwn serbuk koko- ayak 
1 cwn gula 
2 1/2 cwn air /susu cair - guna fresh milk 
1/2 cwn tpg jagung 
2sb majerin - mama ganti dg minyak jagung 

Cara 
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau. 
nota dapurmamasya; topping dah sebati dan nampak mula pekat, bolehlah tutup api dan terus kacau.sejukkan dulu sebentar sebelum digunakan. 



Wednesday, July 17, 2013

Makaroni bakar

Salam ramadhan...
Memandangkan aku tengah mengidam makaroni bakar..
mohlaa kite sharing the recipe...
 pic n recipe credit to Dapur Mamasya


bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan 
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- mama guna makaroni big ring saja tak campur lain 
150 g minced beef/chicken - guna beef 
2 ulas bawang putih (dicincang) 
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil) 
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato paste- agak2 letak secukupnya 
sedikit sos cili 
sedikit sos tomato 
sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa masam tomato 
1 sudu besar mentega 

Sos Putih : - mama buat 1 1/2 adunan 
2 cawan susu segar 
1 sudu besar mentega 
sedikit lada sulah 
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air) 
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju 
sedikit garam dan gula 
lain-lain : keju parut dan oregano 

Cara-cara : 
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api. 
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka. 

Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. 
Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih. 
Taburkan keju parut dan oregano. 
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt 
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya. 



Monday, July 15, 2013

Dua persimpangan

Dulu, aku pernah berada di dua persimpangan. Buntu jalan mana yang harus aku pilih antara dua. Yang menyayangi atau yang disayangi. Ku pilih disayangi. 

Tapi setelah sekian lame, aku dapat rasekan pilihan yang aku buat dulu, alhamdulillah, nampak sinar bahagia. Walaupun tidakla sehebat mane, tapi antara dua, itulah takdir aku.

Hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, mungkin da sampai mase untuk mengakhirinye. Keputusan dibuat, moga tahun 2014 memberi seribu makna. 

pray for us