Tuesday, June 4, 2013

poligami

Entah kenape ak terpanggil untuk menulis entry pasal poligami. setelah sekian lame mood menulis ke laut.. wahahaha.. aku bukanlah ade ilmu pasal poligami tapi ak bercakap berdasarkan pengalaman orang-orang di sekeliling aku. Dan ak bukan nak bercakap pasal tips3 berpoligami, bukan jugak nak menentang poligami.

Dulu, ak anti giler dengan lelaki yang berpoligami. Perempuan yang dijadikan isteri kedua atau ketiga jugak tak terlepas dari kebencian aku. Aku ingat perempuan yang jadik isteri kedua ketiga dan keempat nie sebagai watak jahat, watak penggoda suami orang. Tapi percayalah, tak semua isteri kedua ketiga dan keempat itu jahat. Ak cakap sebab da banyak dah ak pernah dengar luahan orang kedua. Mungkin semua benda tu mengubah persepsi ak terhadap orang yang berpoligami.

Sape yang suke berpoligami, ak pon tak suke. Bukan sekadar tak suke tapi kalau boleh nak di elakkan. Hanya lelaki yang berpoligami saje yang suke. Aku kalau boleh aku taknak laki aku berpoligami sebab aku tahu aku tak mampu nak tanggung dosa menderhaka kepada suami. Iman aku senipis kulit bawang. so, memang aku pilih jalan penceraian walaupun aku tahu hidup sebagai janda lagi banyak cabarannye. Walaupon ak tahu tiang arash bergegar, tapi aku tak mampu untuk berkongsi kasih.

Nasihat aku, kepada lelaki3 diluar sane, kalau nak berpoligami, pikirlah beribu kali. Jangan berpoligami kerana nafsu. Sebab nescaya anda tak mampu nak berpoligami kalau sembahyang pon kadang-kadang termiss, puase pon kadang-kadang tak cukup, sembahyang jumaat pon kadang-kadang tak pergi.

Dan kepada perempuan yang terlibat dalam poligami, payung emas menanti anda di syurga. Walaupun pahit untuk anda terime, kita siapa nak menentukan takdir hidup kite. Kesian memang kesian, pahit memang pahit. Kalau dah terpakse menerimenye, mungkin ade hikmah disebaliknye

Aku bukan sesape nak bagi nasihat bagai, tapi ini hanyalah pandangan individu. wohahaha... bajet orang bace blog aku. sekian terime kasih....

No comments:

Post a Comment